Tuesday 28 April 2015

Monday 27 April 2015

GURU PENYAYANG :)



PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG :)







Pada 27 April 2015 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih telah melancarkan program guru penyanyang bagi tahun 2015. Program ini adalah dibawah unit Hal Ehwal Murid. Murid-murid diberi seorang mentor sepanjang berada di sekolah. Tambahan lagi murid-murid juga disambut hari lahir mereka yang lahir pada bulan April. 


DEFINISI guru penyayang ialah guru yang dapat mewujudkan 

sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, guru seharusnya 

berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang 

berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang
penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-

muridnya.

Guru sebagai ‘role model’ dalam membudayakan sikap kasih 

sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan 

menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga

 bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang,

 selain sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada

 pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan 

fizikal.  





Penyerahan mentee kepada mentor cikgu Fatin




Penyerahan mentee kepada mentor cikgu Syafiqah




Sambutan hari lahir murid pada bulan April



Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyuap kek kepada murid




Guru-guru SBJK yang penyayang 





stay tune for more update with me :) 
xoxo





Thursday 9 April 2015

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcToRm6hnbL-i76EwtqTfFafnJZQj3HEO2pxoNMzJid9vVzVU0NdpA
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.