Tuesday 17 March 2015

teater murid



TEATER LORONG PEMIMPI



Pementasan TEATER LORONG PEMIMPI hari ini.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket anda.
Nanti menyesal!     
 Tiket sedang laju dijual sekarang!
 Jadi, "CEPAT PERGI BELI"!!!
 Dapatkan tiket anda, hubungi mereka:
1. Ali - 011-3985 6694
 2. Hussein - 011 1133 0732
#ChowKitYouth
 #LorongPemimpi
#ChowKit
#1MDB
#BijiBiji
#AuditoriumDBKL


lakonan murid SBJK iaitu YON & MUNIR 


jemput beramai-ramai memeriahkan lagi teater ini :) 



Wednesday 4 March 2015

KAEDAH PEMBELAJARAN DI SBJK, SANTAI MEMBUATKAN MURID BERASA SERONOK DAN BERJAYA MENARIK MINAT MEREKA UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH

BIARPUN hidup dalam keadaan serba kekurangan dan disisih oleh masyarakat, tetapi keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sokongan kuat dan suntikan motivasi diberikan oleh warga pendidik sekolah itu menjadikan sema­ngat mereka lebih kental dan mampu menonjolkan bakat atau keistimewaan yang ada.



KAEDAH pembelajaran di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur yang bercorak santai membuatkan murid berasa seronok dan berjaya menarik minat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
Salah seorang muridnya, Firdaus Abdullah, 13, baru menyambung semula pembelajarannya di sekolah itu setelah hampir seminggu tidak hadir bersama-sama dengan dua lagi adiknya berusia 10 dan tujuh tahun akibat kesempitan hidup.
Remaja itu bersama-sama ibunya dan lima lagi adik-beradik yang lain terpaksa tinggal di bawah jambatan setelah diusir daripada rumah sewa.
Sepanjang tempoh seminggu, Firdaus terpaksa mencari kotak untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian dan kelaparan memaksa keluarga itu mengunjungi ke sekolah berkenaan yang menyediakan kemudahan makanan percuma untuk muridnya.
Kesempitan hidup menyebabkan Firdaus tidak pernah mengikuti pembelajaran di sekolah biarpun mencapai usia remaja. Dia tidak tahu menulis dan mengira sebelum mengikuti pembelajaran di SBJK.

KASIH SAYANG SEORANG GURU TERHADAP ANAK MURIDNYA
“Di sekolah ini, saya berpeluang belajar dengan baik dan tidak mungkin mendapatkannya di luar, apa­tah lagi di rumah. Saya dapat belajar dan sudah pandai menulis nama sendiri hasil tunjuk ajar guru. Mereka bukan sahaja mengajar saya ilmu pengetahuan, malah memberi saya kasih sayang seperti keluarga sendiri.
“Walaupun saya daripada latar belakang keluarga yang berbeza dengan rakan lain di sekolah biasa, tetapi guru di sekolah ini tidak pernah memandang serong kepada saya. Mereka marah jika murid buat silap, tidak mendengar kata, namun teguran guru itu adalah de­ngan penuh kasih sayang,” katanya.
Kata Firdaus, selain prihatin dengan masalah murid, guru itu juga sabar dalam mendidik mereka, malah ada yang sanggup tidur di sekolah pada waktu malam semata-mata mahu menyiapkan persiapan akti­viti pada keesokan harinya.
“Guru juga mengajar secara santai dan tidak terlalu memaksa atau menekan murid. Saya dapati belajar itu menyeronokkan dan keseronokan itu diperoleh hasil daripada inisiatif dan kesabaran guru dalam mendidik kami. Saya rasa pengorbanan mereka terlalu besar dan terima kasih cikgu kerana berusaha mendidik kami semua,” katanya.
Bagi Intan Natasha Isa, 16  guru bertanggungjawab menjadikan rutin hariannya di SBJK sebagai menyeronokkan dan tidak sehari pun dia mahu terlepas waktu pembelajaran biarpun pada waktu cuti persekolahan.
“Saya tidak sangka sekolah itu menyeronokkan kerana sebelum ini untuk ke sekolah banyak sahaja rintangannya tetapi bila memasuki SBJK, guru-guru amat baik me­layan kami dan saya seronok de­ngan kehidupan sekarang.
“Dahulu saya rasakan belajar itu sukar dan mustahil ada guru sebaik di SBJK. Mereka melayan kami seperti anak-anak sendiri, saya juga bebas untuk memeluk guru pada bila-bila masa dan sebab itu belajar itu menyeronokkan,” katanya.
Selain itu, menurut Azmi Ibrahim, 17, dia tidak menyangka mempunyai bakat terpendam dalam menghasilkan lukisan tampalan dalam masa yang singkat, hasil daripada didikan guru di SBJK.
Katanya, guru di sekolah itu berjaya mengetengahkan bakat murid dalam bidang tertentu dan hasil kesabaran guru terlibat, mereka dapat menggunakan bakat semula jadi yang dimiliki untuk keperluan profesion masa depan.
“Atas dorongan guru juga saya berhasrat untuk menyambung pelajaran di SBJK dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

utusan

Tuesday 3 March 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015

PENYERTAAN PELAJAR SBJK
KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015

5 FEBRUARI 2015



         
PENGENALAN
Kejohanan merentas desa  dijalankan sekali dalam setahun melibatkan sekolah-sekolah di Wilayah Keramat. Kejohanan dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

OBJEKTIF
·         Memupuk semangat kesukanan yamg tinggi dalam diri warga sekolah di wilayah keramat
·         Mewujudkan kerjasama yang jitu di antara warga sekolah wilayah keramat
·         Menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian.

TARIKH PROGRAM
5 februari 2015


MASA
7.30 hingga 12.00 tengahari

TEMPAT
Taman Tasik Titiwangsa

Seramai 27 orang murid sekolah bimbingan jalinan kasih


















           Kejohanan merentas desa zon keramat 2015 berlansung pada 5 februari 2015 yang diadakan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aktiviti ini merupakan  sebahagian daripada aktrivti kokurikulum yang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah yang melibatkan murid di setiap sekolah di wilayah Keramat. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam setahun dengan kerjasama daripada setiap sekolah di wilayah keramat.
          Kejohanan ini dijalankan adalah bertujuan memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri warga sekolah di wilayah keramat selain mewujudkan kerjasama yang jitu diantara warga sekolah  Wilayah Keramat disamping menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian.
            Pada kejohanan ini seramai 27 orang murid sekolah bimbingan jalinan kasih terlibat. Murid dipilih mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 12 tahun, kategori bawah 15 tahun dan kategori bawah 18 tahun.
Peserta –peserta yang menyertai berkumpul di sekolah pada jam 7.00 pagi dan bertolak dari sekolah pada jam 7.30 pagi. Semua peserta didaftarkan di kaunter pendaftaran. Semua murid yang terlibat berkumpul dan membuat senaman memanaskan badan sebelum kejohanan bermula.
Pada jam 8.40 pagi peserta dilepaskan mengikut kategori. Peserta pertama yang dilepaskan ialah peserta bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, seterusnya diikuti dengan peserta bagi kategori lelaki bawah 15 tahun  diikuti dengan kategori perempuan bawah 18 tahun serta kategori perempuan bawah 15 tahun. Seterusnya kategori lelaki bawah 12 tahun  dan kategori perempuan bawah 12 tahun.
           Secara keseluruhannya kejohanan ini banyak memberi faedah kepada semua peserta yang terlibat. Murid-murid sekolah bimbingan jalinan kasih memberi kerjasama yang baik serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di sepanjang kejohanan meskipun tidak berjaya memenangi kejohanan


KEM SENTUHAN ROHANI SBJK 2015


KEM SENTUHAN ROHANI

SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

 2015


ALANG SEDAYU RECREATIONAL PARK



27 - 29 JANUARI 2015


1.0   RASIONAL

Belia merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian Islam dan modal insan sepatutnya.

 

Bagi membolehkan para belia mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa belia juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini.

 

Justeru itu pendedahan program bimbingan belia dan motivasi akan penting kepada semua belia yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.

 

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan belia yang mempunyai daya juang yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri belia itu sendiri.

 

2.0   NAMA PROGRAM : Kem Sentuhan Rohani

 

3.0   OBJEKTIF

3.1   Melahirkan belia yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan dunia dan akhirat.

3.2   Melahirkan belia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, Allah, keluarga, bangsa dan negara.

3.3   Melahirkan belia yang soleh dan solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan ibadah dalam kehidupan.

3.4   Menyedarkan para peserta bahawa sikap negatif boleh menghalang kejayaan insan perlu dikikis dan diganti dengan sikap positif.








 
 
 

Majlis Pelancaran Program Impresis Sekolah SBJK 2015

Majlis Pelancaran Program Impresis Sekolah SBJK 2015


Program Impresis Sekolah (PIS) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng disamping memberi pendedahan mengenai kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap negetif ini tidak diubah. Sehubungan dengan itu tema ”Jom Pi Sekolah” telah dipilih untuk Program Impresis Sekolah pada kali ini.

 Objektif Program Impresis  Sekolah (PIS) ini diadakan adalah   seperti berikut:

          Menyedarkan murid tentang
             pentingnya hadir ke sekolah,
             berada didalam kelas sepanjnag
             pengajaran dan pembelajaran dan
             mengikuti semua aktiiviti dan
             program yang dianjurkan oleh
             pihak sekolah.  

          Murid dapat mengetahui dan       
             memahami implikasi gejala       
             ponteng sekolah dan kelas.  

          Membentuk Sahsiah diri murid
             serta mengamalkan budaya positif 
             dalam diri murid bagi membentuk
             potensi diri murid.

          Menjalankan program dan aktiviti
             di sekolah sebagai langkah bagi              
             mengurangkan murid terlibat
             dengan masalah ponteng sekolah
             dan kelas.