Monday 16 February 2015

KEM PENGAWAS SBJK 2015

KEM PENGAWAS SBJK 2015 




TARIKH :  13-15 FEBRUARI 2015 
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH



 PENGENALAN

 Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain

Justeru, KEM KEPIMPINAN DAN PEMANTAPAN SAHSIAH ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.

Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.


 OBJEKTIF

TERDAPAT 2 OBJEKTIF YANG DIGARISKAN IAITU: 

OBJEKTIF UMUM 

  • Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri
  • Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat Melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain
  • Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan visi organisasi. 

OBJEKTIF KHUSUS 

  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawa
  • Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah.
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid



BERIKUT MERUPAKAN ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEPANJANG KEM BERJALAN. 


          


SESI PENDAFTARAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA BILIK-BILIK KHAS DAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS  





SESI ICE BREAKING PADA PETANG JUMAAT 







MURID MENJALANKAN RIADAH DI GELANGGANG SEKOLAH 







MURID MENUNGGU MURID LAIN SEBELUM MAKAN MALAM BERSAMA-SAMA 





MURID MENUNAIKAN SEMBAHYANG MAGRIB SECARA BERJEMAAH DIKETUAI OLEH  ADIK SYAKIRIN 






MURID BERSIAP SEDIA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SENAMROBIK  PADA SEBELAH PAGI 





FASILITATOR DAN GURU PENOLONG KANAN HEM MENERANGKAN AKTIVITI LDP PERTAMA 






MURID MENGHASILKAN  LOGO KUMPULAN MASING-MASING 






MURID MEMBENTANGKAN HASIL KERJA MEREKA SELEPAS LDK 







LATIHAN RAPTAI PERHIMPUNAN OLEH PENGAWAS SEKOLAH 





KETEKUNAN MURID MENYIAPKAN BEG AJAIB MASING-MASING







MENARA IDAMAN YANG DICIPTA OLEH MURID MEMBERI MAKNA TERSENDIRI DALAM MENYEDIAKAN MENARA TERSEBUT






PENGAWAS PUSAT SUMBER SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT MENGENAI TUGASTUGAS SEORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER 








TERPANCAR KEGEMBIRAAN MURID-MURID APABILA BERIADAH DI TASIK TITIWANGSA 






KASIH SAYANG SEORANG GURU TERHADAP ANAK MURIDNYA





TUAN PENGETUA MENYERAHKAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA MURID-MURID


SESI BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN KEM PENGAWAS SBJK 2015





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CORETAN PADA KALI INI :)  

JOM KE SEKOLAH KAMI

PETA LOKASI SBJK








Tuesday 10 February 2015

SYARAT KEMASUKAN



TERDAPAT 4 SYARAT
 KEMASUKAN KE 
SEKOLAH BIMBINGAN
 JALINAN KASIH  





















Saturday 7 February 2015

KURIKULUM

KURIKULUM 
S B J K

Kurikulum SBJK dimodifikasi mengikut keperluan persekitaran, tahap dan sosiobudaya agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk diaplikasi dalam kehidupan mereka sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

Konsep pendidikan di SBJK adalah pendidikan formal yang berstruktur dan berfokus.
Pelaksanaan kurikulum SBJK berpandukan kepada buku penerangan kurikulum SBJK yang dikeluarkan oleh KPM.

ANTARA KURIKULUM YANG DIGUNAKAN IALAH :

1) PERINGKAT PRASEKOLAH KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
2)  PERINGKAT RENDAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
3) PERINGKAT MENENGAH KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
4) PENDIDIKAN VOKASIONAL SBJK (PERINGKAT RENDAH & MENENGAH)





Friday 6 February 2015

KEMUDAHAN KAMI :)

KEMUDAHAN 
MURID DI
 SBJK

 Murid dibekalkan dengan makanan percuma 3 kali sehari  (sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang)
 Kawalan keselamatan pelajar melalui paparan 18 CCTV / WIFI
 Makmal komputer
 Pusat sumber
Toy library
Kelas prasekolah
 Bilik serbaguna/rekreasi
 Bengkel PAV jahitan
Bengkel PAV penyediaan makanan
 Surau
 Bas (coster)

Bilik dan studio muzik


LATAR BELAKANG DAN JUSTIFIKASI SBJK


SEKOLAH BIMBINGAN 

JALINAN KASIH 


Usaha bagi penubuhan SBJK telah bermula pada tahun 2011. Cadangan penubuhan SBJK adalah satu inisiatif KPM terhadap keperluan meneruskan usaha memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada kumpulan kanak-kanak terpinggir di Negara ini. 



Berikut merupakan justifikasi mengenai SBJK : 

OBJEKTIF PENUBUHAN SBJK


ANTARA OBJEKTIF YANG DIGARISKAN IALAH :  




OBJEKTIF SBJK 


KERATAN AKHBAR HARIAN METRO

MARI KENALI KAMI :)



Video ini adalah serba sedikit latar belakang mengenai Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. 

Selamat menghayati video ini :)